Khas Buat Guru-Guru di Pedalaman
Dalam membela anak bangsa
mengenal huruf, mengira, menulis, mengenal Alif Ba Ta
Mengharungi sungai, belukar dan lurah
mendaki bukit, menuruni lurah,
mengharungi laut bergelora dan ombak panas yang menerjah
Engkau berada nun jauh di pedalamanKau adalah Pendidik Atulai
Kau berada di mana-mana
di pedalaman dan di pulau
dengan satu impian mendidik anak bangsa
dan merapatkan jurang perbedaan
pedalaman dan bandar
Engkau mengangkat martabat keguruan
dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di pedalaman
Kerana itulah perjuangan
Dan engkau tidak pernah mengaku kalah
walaupun kadang-kadang engkau merasa kecewa
Tapi tidak pernah berputus asa
Pendidik Atulai....
Semangatmu membara
jati dirimu kental
Dan harapan membina modal insan
engkau bukan sekadar pendidik
Tapi engkau juga adalah pembela anak bangsa
nun di pedalaman
Pendidik Atulai....
Teruskan perjuanganmu
dalam membina anak bangsa
dan kecemerlangan pendikan
kalau bukan kau Atulai
siapa lagi...
Dalam mengangkat martabat anak bangsa
nun jauh di pedalaman
kalau bukan sekarang wahai Atulai
bila lagi...
Senyum dan tangis anak didikmu
adalah petanda segunung harapan
kalau bukan di sana kau mulakan
di mana lagi...
Pendidik Atulai....
Jame Alip

4 comments:
Tahniah... puisi yang penuh makna...
salam..tahniah tuan. wah beralih ke buku teks pula ya. semua tu adalah pengalaman yang memberi kita semangat dan keyakinan kan.. :)
semoga kami dapat menjadi seperti tuan. doakan kami ya :)
aisyah, ranau.
puisi ni sangat penuh dengan makna dan beri semangat tuan. juga penuh dengan sindiran sy kira. hehe..
semoga semua guru2 yang membacanya akan mendapat sesuatu darinya :)
Salam hormat dan rahayu,
berpuisi kita, kerna kemuncaknya ke jalan ketuhanan jua. Pendidik Atulai, juang tetap berjuang, walaupun perjuangan belum selesai...kerana ada awal yang tiada permulaan, dan ada akhir yang tiada kesudahan.
Selamat datang dan melangkah ke gerbang BBT, semoga dapat mengorak langkah memercu kegemilangan BBT, melalui apa jua termasuk pengalaman. Pengalamanlah ibu segala guru yang dapat merobah sesuatu.
Terima kasih,
Bicarawahyu/sabarishukor.
Post a Comment